~IBN ARIFEN AL-'ASQOLANI~

Thursday 12 December 2013



BISMILLAHIROHMANIRAHIIM...

Orang yang sejak kecik lagi mak dia dah sarung tudung kat dirinya tak mungkin akan ada rasa yang sama dengan orang yang pakai tudung sebab teringin bila tengok kawan-kawan lain dah bertudung ...

orang yang dah dibiasakan dengan tudung labuh tak mungkin memahami perasaan orang yang mencari-cari apa bezanya perasaan memakai tudung labuh dengan tudung bawal biasa..

perasaan itu tidak mungkin sama..
pasti rasanya akan berbeza..

mereka yang lahir dalam keluarga yang emak,kakak dan adik perempuannya sudah bertudung labuh tak mungkin memahami perasaan orang yang pertama kali memakai tudung labuh dihadapan family yang tudungnya biasa saja..

mereka tak mungkin memahami perasaan bilamana kadangkala family nya menegur dengan kata-kata, " tak payah nak labuh-labuh sangat la,tudung biasa sudah"

ataupun bila balik kampung," Ehh..dah jadi ustazah dah sekarang?"

mungkin juga bilamana semua orang sudah bersiap-siap untuk keluar,dia masih berada di dalam bilik tak siap-siap kerana mencari stokin yang tinggal sebelah menyebabkan si emak menjerit dari luar menyuruh tak payah pakai stokin pun takpe,takde siape nak tengok kaki tu..


*************************************************************************

***Islam itu bukan warisan..
semua orang berhak mendapat tempat yang terbaik di sisiNya sekiranya dia berusaha
ya..persekitaran itu antara faktor penting untuk menentukan bagaimana keadaan diri kita
tetapi itu bukanlah faktor yang utama
soalnya, diri kita sendiri. diri kita! mahu atau tidak.. AKU NAK!! INSYAALLAH!!~~


Renungilah janjiNya ini.sematkan di dalam hati yang paling dalam.. 


" Dan orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, maka akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.."
[Al-Ankabut:69]

written by : NawwaL ULya [ Che Maznira ]