~IBN ARIFEN AL-'ASQOLANI~

Tuesday 24 July 2012

Amalan tidur SUNNAH RASULULLAH



Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan:
“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.”(Bukhari-Muslim)

Dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)
Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’)
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)
Berkata ‘Abbad ibn Tamim:
“Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.
Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
  1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
  2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid)
Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.
Wallahualam

PESAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA




Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

8 TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA ISTERI


Diharap artikel ini dapat membimbing para suami yang ingin memperoleh kebahagiaan disamping mendapat keberkatan dari Allah. Insya-Allah…

_ _ _ _ _ _ _ _

8 Tanggungjawab suami kepada isteri adalah: 

1. Mengadakan walimah

Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.

2. Berakhlak baik dengan isteri

Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.

3. Meraikan isteri

Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.

4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta

Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka.
Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.

5. Sederhana dalam memberi nafkah

Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.

6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab

Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.

7. Tidak membuka rahsia suami-isteri

Rasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.

8. Setia

Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah.

6 SOALAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu
Imam Al Ghazali bertanya kepada mereka.


Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri
kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab..
orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. 
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji
Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al- Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling
jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid -muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan
bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan
yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa
lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh
kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang
paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua
jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang
ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al- A'Raf 179). Maka kita harus hati-
hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan itu memang benar,
kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"
(Al- Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu
benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-
gara urusan dunia kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia
ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam
Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana
melalui lidah, Manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai
perasaan saudaranya sendiri.

Sunday 15 July 2012

~Renungan SyUkUR..~

Assalamualaikum..Alhamdulillah pertama dan selamanya marilah kita meninggikan rasa syukur kita kehadrat Allah s.w.t dengan rahmat dan inayah -Nya dapat juga berjumpa lagi pada kali ini.. entri kali nie saye nak crita tntang SYUKUR shaja..walaupun x banyak, sye harap ia dapat memberikan manfaat kepada semua insan yang membacanya..ini dari pemerhatian sye kpd masyarakat luar hingga terdetik hati sye ingin menulis entri yang sebegini..moga Allah izinkan..

    Ramai yang hanya bersyukur bila dapat ribuan juta, tapi lupa akan kurniaan nyawa yang boleh ditarik pada bila2 masa oleh Allah s.w.t.



Ramai jugak yang tak bersyukur bila tak dapat apa yang diinginkan, hingga lupa kita nie hanya HAMBA dan ALLAH itu tuhan kita.

Ramai hanya syukur bila dapat makan, tapi lupa nak bersyukur dengan udara yang diberi pinjaman.

Ramai yang bersyukur bila dia dapat apa yang dia nak, bila tak dapat mula nak memberontak macam orang tak de otak


Hadith : 
         Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sesiapa yang diberi sesuatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai KUFUR NIKMAT." -riwayat At-Tabrani-

                                                        -IBN ARIFEN AL-ASQOLANY-

Sunday 8 July 2012

Mutiara nasihat HABIB UMAR kpd kita

~Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah.
~Barangsiapa semakin mengenal kepada Allah nescaya akan semakin takut.

~Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

~Barangsiapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

~Barangsiapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barangsiapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

~Kedekatan seseorang dengan para Nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

~Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada 'ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

~Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

~Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

~Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.

~Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

~Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.

~Penyatuan seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)

~Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

~Barangsiapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.

~Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

~Beliau r.a. berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi da'ei dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

~Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasihNya.

~Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

~Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.

~Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq.

~Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

~Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.

~Tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).

~Barangsiapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

~Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

~Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

7 NASIHAT ALLAH KEPADA ORANG MUKMIN


1-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
ayat 216
2-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286
3-RASA FRUSTASI?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139
4-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
ayat 200
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45
5-APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
ayat 111
6-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada yang lain selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129
7-AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
Yusuf ayat 87